Novel KEKASIHKU GADIS SARAWAK kini berada di pasaran!!!

Saturday 1 February 2014

New Born

Selamat datang ke blog terbaru saya. Terima kasih kerana sudi bertamu. Walau bagaimanapun, AT mohon beribu maaf kerana blog ini masih kosong. Blog ini tak ubah bagai bayi yang baru lahir. Belum dicorakkan tetapi sudah ada perancangan untuk menjadikan ianya seperti apa suatu ketika nanti. Melihat kepada blog description, pasti ada yang sudah dapat meneka. Betul, cadangnya nak jadikan blog ini sebagai medan mempamerkan hasil penulisan tak kira apa; novel, cerpen, sajak atau apa sahaja yang berkaitan dengan penulisan kreatif. Maklumlah, minat menulis dah tertanam semasa menuntut di Tingkatan 5 lagi tetapi hasil karya tidak pernah diterbitkan / dihantar ke majalah atau sebagainya. Masa tu manalah tahu selok-belok / saluran yang tepat untuk merealisasikan impian menjadi penulis. Ketika itu, penggunaan internet belum ada dan kalaupun sudah ada, mungkin AT tak perasan atau hanya digunakan di negara2 maju sahaja, AT kurang pasti.
 
Nah, inilah masanya. AT akan cuba kongsikan segala cerita / kisah AT dalam bidang penulisan [walaupun bukan bergelar penulis profensional].  Kisah ini hanyalah kisah diri AT yang cuba berkongsi cerita yang tidaklah sehebat mana. Sekadar suka-suka untuk memuaskan hati ini sahaja. Harap-harap, ada yang sudah bertandang hehe.
 
Salam semekar cintaku,
Aman Takeshi.
Kampung Bidi, Bau,
Kuching,
Sarawak.
5.30 pm
Hari Kedua Tahun Baru Cina