Novel KEKASIHKU GADIS SARAWAK kini berada di pasaran!!!

Friday 18 July 2014

Prolog Novel Kekasihku Gadis Sarawak

Sudahkah anda memiliki naskah Kekasihku Gadis Sarawak? Bagi yang telah menjadikan novel romantis ini sebagai salah satu koleksi peribadi, terima kasih banyak-banyak...sokongan anda hanya Tuhan yang mampu membalasnya. Belum? Nah di sini aku kongsikan prolog novel Kekasihku Gadis Sarawak untuk tatapan kalian. Bagi yang berminat membeli secara pos / online, boleh pm saya di facebook.com/aman.takeshi.
 
Prolog

Keriuhan manusia yang lalu lalang di ruang legar Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sedikitpun tidak mengganggu tumpuannya. Matanya melekat pada seraut wajah milik seorang gadis yang sedang menarik sebuah beg beroda yang agak besar saiznya. Bagai ada magnet, hatinya ditarik-tarik untuk memerhatikan gadis tersebut. Lembut raut wajahnya, redup matanya dan rambut lembut lurus melepasi bahu amat menarik perhatiannya. Dia tersentak bila Joseph menepuk bahunya, lantas berpaling. Joseph tersengih. Sekilas, dia menoleh semula ke arah tadi, namun kelibat gadis itu tidak kelihatan lagi.  

Saturday 14 June 2014

Menandatangani Novel Kekasihku Gadis Sarawak

Acara menandatangani novel bersama peminat haha...Peminat ker??? Hehe, rakan sekerja yang sporting. Terima kasih semua. Sokongan anda amat besar ertinya....





Friday 13 June 2014

Komen Pembaca Novel Kekasihku Gadis Sarawak

Haha...berikut ialah sebahagian daripada komen pembaca yang sudahpun membaca novel KGS. Komen ni diambil dari fb... terima kasih atas komen membina anda semua. Sokongan & komen anda amat dihargai...


Lee Sing Kha Bagi yg belum baca novel Kekasihku Gadis Sarawak, hanya satu perkataan dapat saya katakan, SAYANG!
Hasil penulisan yang kreatif serta jln cerita yang telah menimbulkan pelbagai perasaan (rasa sweet, rasa geram/nak tumbuk seseorang, rasa nak hadir dlm novel, dll) kepada pembaca, gua grenti kamu kan suka kepada novel ini!!!
May 27 at 5:15pm · Unlike · 2

Kumang Menyarung Manah amai novel tu Aman Takeshi, chukup sinu pengerindu antara 2 darjat
June 11 at 8:28am · Unlike · 1

Helena Banggau Enggi aku baru siap baca cuti tu td...best jalan cerita...ak ku mdh ala2 novel 'aku bukan mistress' laban mentua enggai nerima menantu.
June 10 at 7:09pm · Unlike · 1

Christina Roza Best story.... Cikgu Aman Takeshi... Malu nar ninga Mas Suhaila Mohamad nyabak macha bup tuk hihihi....
Sapa enda meli bup tuk rugi...
Nita Lampas bc online...
June 11 at 5:05pm · Unlike · 2

Mas Suhaila Mohamad Huhuhu... part mak nya x mok nrima Ara ya nyuruh ht ku pilu. Huhuhu
June 11 at 5:21pm · Unlike · 3

Mummy Ruth Mulai k pngingat agi biak suba maca novel tu..diatu nganti novel ke2 ari Aman Takeshi..
May 28 at 12:47am · Unlike · 1

Dollinna Entika Cgu, uwaaa sinu ndar crta tu ar..tg ending ya best...
May 28 at 6:14pm · Like · 1

Olive Daniel Kueh novel ini byk memberi pgajaran dr sg ikatan kekeluargan dn erti pershabtn bkn hanya mcertakn tntng pcntn,namun budaya kaum jga diketngahkn olh pnuls.
May 27 at 7:33pm · Unlike · 2

Fariq Haikal…novel ke digaga uncle ke bertajuk kekasihku gadis sarawak nyak,mmang best dan terbaik.novel tok memang sesuai untuk bacaan remaja remaja zaman tok.nyak aja ari aku :D

 


 

Thursday 12 June 2014

Novel Kumang Sadok

Inilah novel terbaru keluaran Borneo Media Solutions.

Penulis: Kerapa Mali
Harga: RM20.00

Tibak Cherita / Sinopsis

Endu Berinjan nadai mayuh jaku digaga Raja Berani baka nya. Nganu enda, ngau pan enda. Gaga pungka! Singin asai ati iya ka manjung gaga betaban lari enggau orang Raja Berani. Berasai temegah keba laban ukai orang sengapa ti ngema. Manuk sabung apai iya ti endang udah dipaduka jadi enggau iya nyau dikesaika iya ari puak ati. Manuk sabung apai iya nya empai tau diambi nyadika laki, enda tealahka pemerani orang ke benung nabanka iya lari.

Taja baka nya, Berinjan, kedua bali nama Berenggang, bisi nyimpan pengirau dalam tungkul ati, "Iya kati ku bini nuan Sawai meda aku datai din lagi dih ambai?" Ku Berenggang, maya seduai dalam pejalai nuju rumah sida Libau empu.

"Eh! Anang nuan irau tajau asi, nemu aku ngatur semua nya. Keba aku datai ngambi nuan laban aku sanggup ngesan, ukai semina nemu nebang!"

Dalam ati iya berasai ringat begerami sinu. Sinu ninggalka bukit Sadok ti ngelama tu udah ngangkatka nama sereta rita iya ngerembai ke serata dunya, sangkai ba Tanah Malaya, ngelekai ba dunya India udah nya ngerembai ke Afrika. Dikemesaika ba tanah Airupa. Beberita ketegal kih sereta chakah ngelaban perintah ti seruran nubai runding bansa Iban. Pugu iya, perintah ti nyabung Iban bela Iban begedika pangan diri lalu bekayau.

Nelusur ai mata Rentap meda kepul asap enggau jelar api makai perabung rumah enggau kuta sida. Ari iya ke bediri dia, bekesetak dinga api mau makai rumah sida. Dalam ati Rentap mega api ngungut, bekesetup ngumpa darah kayau iya ti tetap deka bebalas taja ukai ba serak tubuh iya. Biar pengering enggau pengeliat ati iya nya nyadika semengat, nyadi chuan enggau teladan peturun Iban ke dudi-dudi jemah ila. Awakka Iban seati ngelaban orang ti menyati bansa Iban, enggaika kitai Iban nyau nyadi kampar ba menua diri empu.
 

Friday 23 May 2014

Kekasihku Gadis Sarawak


Syukur tidak terkata...

Sudah hampir sebulan novel Kekasihku Gadis Sarawak berada di pasaran. Rata-rata respon yang diterima dari pembaca begitu positif; tangkap syahdu, menyentuh hati sehingga menitis air mata, cerita yang menarik, mengangkat martabat gadis Sarawak adalah antara komen yang diterima.

Terima kasih kepada anda yang sudahpun memiliki & membaca novel sulung karya saya ini. Sokongan anda amat dihargai. Semoga kekurangan & kelemahan dapat saya perbaiki dalam karya saya yang akan datang.

Baru-baru ini, penerbit menghubungi saya; meminta saya menulis novel baru. SYUKUR lagi, nampaknya langkah ini tidak terhenti di sini. Semoga langkah ini menjadi langkah kanan sekali lagi.

Monday 14 April 2014

Lelaki & Novel, Salah ke?

"Lelaki tidak macho kalau minat novel!"

Hampeh betul statement ni. Undang-undang mana yang depa guna pakai tu? Akta apa? Fasal keberapa dalam Perlembagaan Malaysia?

Haha... itulah pertanyaan bagi menjawab kenyataan pedas di atas. Novel adalah cabang penulisan. Di negara kita ni, berlambak penulis & novelis  yang gendernya LELAKI.

Siapa tak kenal novel terkenal Ahadiat Akashah, penulis yang namanya termaktub dalam Malaysian Book of Record sebagai novelis yang paling banyak mengeluarkan novel? Itu baru satu contoh paling jelas. Banyak lagi penulis lelaki yang lain, cuma mungkin genre penulisannya berbeza.

Jadi, bukan satu kesalahan pun kalau lelaki menulis novel / cerpen cinta. Biarlah orang kata jiwang kerana perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu itu adalah universal. Tak kira lelaki atau perempuan, masing-masing ada nilai sentimental tersendiri.



Novel Rinduku Di Kampus Pra-U Bahagian 4

Bahagian 4
 
           “Dira, kau buat apa tu?” laung Mimie. Dira menoleh sambil menutup diarinya. Lantas diselitkannya di bawah bantal.

            “Tak ada, aku tulis diari aje,” jelasnya sambil bangkit. Dia berjalan menuju tiga orang rakan barunya itu.

            “Kau minat tulis diari?” Mirza memandangnya. Dira melabuhkan punggung di atas meja Mirza, bergabung dengan tiga orang rakan sebiliknya itu.

            “Ha ah…” ujarnya Dira.

            “Huh! Aku pun minat dan pernah tulis tapi hangat-hangat tahi ayam aje. Tak sampai separuh jalan dah jemu,” sampuk Tina.

            Dira tersenyum. Dia tahu, menulis diari mungkin ramai yang berminat tetapi yang banyak yang berhenti sekerat jalan.

            Keempat mereka merupakan pelajar baru di sekolah tersebut. Masing-masing berebut menceritakan pengalaman sendiri di sekolah baru tersebut. Sedar-sedar, waktu makan petang sudah tiba.

            Mereka berempat bergegas menuju dewan makan. Seperti pelajar lain mereka berbaris untuk mengambil makanan. Pelajar lelaki juga berbaris dari arah bertentangan. Tukang masak sibuk menyendukkan nasi dan lauk untuk para pelajar.

            “Hai…” Dira yang sedang menyuakan tray kepada tukang masak tersentak kecil bila seorang pelajar lelaki dari arah bertentangan menyapanya.

            ‘Cis… berani kau tegur aku. tengok muka kau pun aku menyampah,’ sapaan itu hanya dibalas dengan jelingan tajam. Namun pelajar lelaki tersebut hanya tersenyum mesra.

            “Sapa?” tanya Mona dari belakang. Dira hanya mengangkat bahu.

            Dira mengucapkan terima kasih kepada tukang masak yang menyenduk lauk untuknya. Cepat-cepat dia berlalu. Meluat rasanya berdepan dengan lelaki yang pernah memalukannya itu.

 Bersambung
 



Novel Rinduku Di Kampus Pra-U Bahagian 3

Bahagian 3
 
Usai majlis penutupan minggu orientasi pelajar tingkatan 6 bawah, dada Dira terasa sangat lapang. Minggu yang memenatkan dan mungkin sedikit memalukannya sudah berakhir.

Dia sudah bebas. Tidak ada lagi tanda nama besar, tidak ada lagi jerit pekik abang-abang dan kakak-kakak senior. Dan tidak ada lagi mandi atau makan terburu-buru kerana mengejar masa. Tidak juga akan ada denda-denda yang membuatkan jantngnya sentiasa berdebar.

Dia masih ingat, pengalaman disuruh menyanyi oleh dua orang pelajar senior. Pengalaman yang begitu memalukan. Dia memang tidak pandai menyanyi, suara pula memang bukan kategori merdu. Lantas, dia memang sanggup didenda dengan hukuman lain asalkan bukan menyanyi.

Wajah dua orang pelajar lelaki yang mendendanya tempoh hari melekat di memorinya. Mana mungkin dia melupakan wajah yang membuatkan dia pertama kalinya menangis di sekolah barunya itu.

Huh! Dira mendengus geram. Sakit sungguh hatinya mengingatkan sikap berlagak dua orang mamat tersebut. Mentang-mentanglah mereka lebih senior di sekolah ini, sedap-sedap mereka mengenakan pelajar baru.

Ada ubi ada batas, bisik Dira dalam hatinya.

Mengingatkan peristiwa hitam itu, Dira memang sakit hati. Dalam sejarah hidupnya, itulah kali pertama dia menyanyi solo di depan orang lain. Selalunya, bilik mandi di rumah keluarganya yang menjadi studio untuk Dira menunjukkan bakat vokalnya.

Malunya! Dira menekup mukanya. Tidak sanggup rasanya mengingatkan enam pasang mata sedang memandangnya yang sedang menyanyi dengan linangan air matanya.

“Penghayatan yang begitu mendalam.”  Kata-kata salah seorang pelajar senior tersebut masih terngiang-ngiang di telinganya. Panas wajahnya ketika mendengar kata-kata sinis pelajar lelaki terbabit.

Dira merenung sekeliling. Memerhatikan bilik yang baru seminggu menjadi tempat mereka berteduh. Tiga buah katil kosong tidak berpenghuni. Entah ke mana perginya Tida, Rabeca dan Mona, Dira kurang pasti.

 Di sudut sana, Tina, Mirza dan Mimie sedang berborak. Kelihatan rancak sekali boraknya sambil sesekali diselangi bunyi ketawa. Mungkin teringat saat lucu sepanjang minggu orientasi lepas.

Siti, Dora dan Ema pula terlungkup di atas katil masing-masng. Mungkin terlampau penat kerana kurang rehat sepanjang minggu lepas. Dia sendiri penat tidak terkata. Cuma semangat untuk menulis sesuatu di diari kesayangannya membuatkan dia menahan ngantuknya untuk seketika.

Memang hobinya menulis diari. Tetapi hanya baru hari ini dia dapat meneruskan hobinya. Sepanjang minggu lepas, dia langsung tidak berkesempatan kerana sibuk dengan minggu orientasi yang memenatkan.

Dia meniarap di atas katil sambil mengetuk-ngetuk dagunya dengan pen. Lagaknya seperti seorang yang cuba mengingatkan sesuatu. Kemudian terangguk-angguk sebelum mencatat sesuatu.

20 Mei 2013

*Sudah seminggu aku tidak berpeluang mencurah rasa dan minda di dalam diari kesayanganku ini.

*Bermakna sudah seminggu aku menjadi penghuni di gedung ilmu ini. Walaupun situasinya hampir sama dengan sekolah lama tetapi segalanya serba baru bagiku; sekolah baru, guru baru, asrama baru, kelas baru dan ada kawan-kawan baru.

*Kena cepat-cepat menyesuaikan diri.

*Minggu orientasi, pelbagai suka duka, pengalaman pahit dan manis, lucu dan sebagainya.

*Kena paksa menyanyi, sesuatu yang memalukan. Tetapi, bila dingat kembali, rasa lucu pula.

*Cuba lebih fokus pada pelajaran, yakin boleh!

Jam 4.30 petang.

Bersambung

Sunday 13 April 2014

Novel Rinduku Di Kampus Pra-U Bahagian 2

Bahagian 2
 

              Pelajar perempuan tersebut menundukkan wajahnya. Menatap kasutnya.

            “Boleh tukar hukuman?” pertanyaan lembut dari gadis itu membuatkan Alvin menoleh. Jelaslah kelopak mata pelajar perempuan tersebut sudah berkaca.

            ‘Alamak! Aku dah terlebih gurauan ke?’ Tiba-tiba Alvin berasa bersalah.

            “Tak ada talian hayat. Kalau korang nak pergi cepat, pastikan kawan awak yang seorang ini kena menyanyi,” tegas Wilson.

            Lambat-lambat, pelajar perempuan itu membuka mulutnya untuk menyanyi. Alvin langsung mendengar lagu apakah yang dinyanyikan oleh pelajar tersebut. Matanya tertumpu kepada air mata yang tadinya bertakung di kelopak mata, kini berguguran menuruni pipi halus pelajar perempuan tersebut.

            Alvin semakin dicengkam rasa bersalah. Kalau bukan dia yang memulakan denda nyanyian tadi, hal ini tidak akan berlangsung. Sepercik rasa kasihan membekas di hatinya saat melihat pelajar perempuan tadi mengesat air matanya dengan hujung lengan baju kurungnya.

            “Wooo… wooo…wooo… nangis-nangis tak main ok. Kalau nak nangis, ha pergi ke dewan sekarang. Sana nanti, boleh nangis puas-puas,” perli Wilson.

            Kelima-lima pelajar tersebut buru-buru melangkah setelah mengucapkan terima kasih. Maklumlah, mereka dah terlewat. Nampak gayanya, di dewan nanti mereka akan didenda lagi kerana lewat.

            Wilson dan Alvin ketawa selepas kelima-lima pelajar tersebut berlalu.

            “Budak-budak baru ni mesti digertak sikit supaya tak naik kepala,” ujar Wilson.

            Alvin sekadar menyengih. Wajah pelajar perempuan yang bergenangan air mata tadi melekat di mindanya. Hatinya masih dipagut rasa bersalah. Rasa kasihan merayap di hatinya bila teringatkan wajah tersebut.

            Hari ini merupakan hari terakhir Minggu Orientasi bagi pelajar-pelajar Tingkatan 6 Bawah. Sudah seminggu mereka menjalani orientasi. Bukan untuk menyusahkan tetapi untuk membiasakan mereka dengan suasana persekitaran dan peraturan sekolah selain membolehkan mereka mengenali guru dan mengetahui mata pelajaran yang sesuai untuk dipilih.
 
            Sepanjang minggu orientasi, pelbagai gelagat dapat dilihat. Ada yang berani menerima sebarang cabaran dan halangan, ada pula yang malu-malu dan tidak kurang ada yang takut. Biasanya pelajar yang kelihatan malu-malu atau takut-takut akan menjadi sasaran AJK Minggu Orinetasi.

            Walau bagaimanapun, semua AJK MO sudah diberi peringatan agar tidak keterlaluan dalam menjalankan program sepanjang tempoh tersebut. Tidak ada insiden yang buruk sepanjang minggu tersebut.

            “Hei, kau tak nak balikkah?” laungan Wilson membunuh lamunan Alvin.

Dia tersentak kecil sebelum bingkas bangkit menuju rakannya yang sudah berdiri di muka pintu.

Bersambung

Rinduku Di Kampus Pra-U Bahagian 1

Hello... apa kata korang layan haha.....


Bahagian 1
            Kelas bubar saat loceng sekolah berdering nyaring. Pelajar bersurai keluar dari kelas masing-masing. Ada pelajar nakal yang keluar sebelum guru melangkah pergi. Tidak kurang ada yang berlalu tanpa mengucapkan terima kasih kepada guru yang sudah bersungguh menyampaikan isi pelajaran.
 
            Alvin lambat-lambat mengemas buku di atas mejanya sedangkan separuh daripada rakan sekelasnya sudah berlalu. Wajahnya resah semacam. Seakan ada sesuatu yang kurang beres di hati.

Wajah itu menjelma lagi di kotak mindanya. Wajah polos yang tergambar rasa takut dan malu. Entah, sudah berapa kali wajah itu singgah di fikirannya? Seribu kali mungkin.

            Dari tanda nama besar yang tergantung di dada, Alvin mengenali pemiliknya. Dira! Orangnya berbadan sederhana, berkulit cerah, berambut lurus panjang melepasi bahu. Begitu menarik perhatian Alvin.

            “Apa ni, langsung tak hormat abang-abang dan kakak-kakak senior! Tak pandai nak bagi salam,” jerkah Wilson kepada beberapa orang pelajar tingkatan 6 rendah yang berjalan melintas di depan mereka.

            Terkedu lima orang pelajar tersebut yang nampak terburu-buru langkahnya.

            “Maafkan kami abang senior. Kami nak cepat, kami kena berkumpul di dewan sekarang,” jelas salah seorang daripada lima pelajar wanita tersebut. Tanda nama besar yang diperbuat daripada kad manila tergantung dengan benang di leher masing-masing.

            Alvin sekadar diam memerhati. Dia tahu, Wilson sengaja menyakat budak-budak freshie tersebut. Wilson bukanlah kaki buli, dia pelajar yang baik dan peramah.

            “Aku tak peduli. Korang berlima mesti kena denda sebab tidak hormat kami sebagai pelajar senior,” tegas Wilson.

            “Tapi…”

            “Tidak ada tapi-tapi. Korang kena denda 20 kali ketuk ketampi, sekarang!” Wattson pura-pura berwajah garang. Alvin menahan gelak melihat riak tidak puas hati pelajar-pelajar perempuan tersebut.

            Perlahan-lahan kelima-limanya melangsaikan denda yang dikenakan. Berpeluh-peluh nampaknya menghabiskan ketuk ketampi 20 kali.

            Tiba-tiba mata Alvin tertancap ke wajah salah seorang daripada pelajar perempuan tersebut. Sedari tadi hanya tunduk membisu.

            “Saudari, hina sangatkan kami berdua ni sampai saudari langsung tidak memandang kami.” Alvin sengaja menduga.

            Menyedari dirinya menjadi sasaran, pelajar perempuan terbabit mengangkat muka. Wajahnya tampak takut-takut.

            “Maafkan saya,” hanya itu yang terpacul dari mulutnya.

            “Eh, boleh bercakap. Ingatkan bisu. Apa kata kalau saudari dodoikan saya dengan kawan saya ni dengan serangkap lagu,” sambung Alvin lagi.

            “Ha ah… lagipun dah lama tak ada orang sudi dodoikan kami berdua yang tampan bergaya ni,” Wilson menyampuk.

            Terkulat-kulat wajah pelajar perempuan terbabit. Rakan-rakannya yang empat orang lagi diam tidak berkutik. Mungkin takut akan menjadi sasaran seterusnya. Sedaya mungkin Wilson menahan tawanya.

            “Nyanyilah wahai tuan puteri,” sambung Wilson beterusan mengusik.
 
Bersambung


 

Tekad

Jom layan... moga dapat mengembalikan semangat yang kian suram hehe...
 
 



Novel Mama Mia Shaza

Penulis muda dan berbakat dari Bumi Kenyalang.
Sudahpun menghasilkan dua buah karya iaitu
Mama Mia Shaza dan Jangan Benci Cintaku.
Layan....
SM: RM25.00
SS: RM22.00
Penulis: Emy Roberto


 


Saturday 12 April 2014

Aku & Dunia Penulisan


AKHIRNYA... mimpi menjadi nyata. Berkat usaha tanpa mengenal penat lelah dan kesabaran menanti, semuanya kini terasa berbaloi dan manis. Kalau semuanya berjalan lancar, penghujung APRIL ini, novel Kekasihku Gadis Sarawak akan berada di pasaran seluruh Sarawak. 

Semoga novel ini dapat mengisi ruang kosong penulis Iban yang menulis dalam Bahasa Melayu. Jangan lupakan untuk dapatkan novel yang sarat dengan kisah suka dan duka anak pedalaman mengejar cita-cita dan cinta, persepsi masyarakat dan stigma perbezaan pangkat dan darjat menjadi ukuran dalam sesebuah hubungan. Novel ini menyelitkan kritikan sosial tentang tanggapan perbezaan bangsa yang menjadi duri dalam sesebuah kebahagiaan.

BILA MULA MENULIS?

Minat menulis sudahpun bermula sejak saya di bangku sekolah lagi. Semasa menunggu keputusan SPM, saya sudah menyiapkan sebuah novel pendek bertulis tangan. Sayangnya, manuskrip tersebut hilang semasa keluarga kami berpindah ke rumah panjang yang baru.

Kekurangan pengetahuan tentang dunia penerbitan dan kurangnya pendedahan berkenaan saluran yang betul menyebabkan bakat menulis saya seakan terkubur untuk beberapa tahun. Tahun-tahun berikutnya, saya hanya menjadi pembaca hasil karya orang dengan membeli puluhan buah novel karya penulis tempatan.

Namun semarak keazaman untuk menulis mulai hidup kembali sejak tahun 2008. Pada tahun 2009, saya sudahpun berjaya menyiapkan novel Selembut Bayu Kundasang. Kemudian saya menyiapkan novel Takdir Cinta Kita. Malangnya kedua-dua novel ini hanya terperap dalam laptop sahaja. Saya tidak punyai keberanian untuk menghantarnya kepada mana-mana penerbit. Pada masa itu hanya ada dua syarikat penerbitan yang saya tahu dan itupun di Semenanjung. Sekali lagi impian untuk menjadi penulis seakan berkecai.
 
Cover sementara yang dikeluarkan oleh BMS
 
Ketika itu, saya mengetahui wujudnya sebuah syarikat penerbitan yang dimiliki oleh anak tempatan Sarawak, anak Iban. Namun syarikat penerbitan tersebut lebih memfokuskan kepada penerbitan majalah dan novel dalam Bahasa Iban. Walaupun anak jati Iban, tetapi saya lebih cenderung kepada penulisan dalam Bahasa Melayu. Nampaknya, laluan untuk menjadi penulis bukan senang.

Walau bagaimanapun, saya masih meneruskan minat untuk menulis. Saya menanam tekad dalam diri, saya akan terbitkan karya saya tak kira walau apapun halangannya. Kalau tidak ada penerbit yang sudi menerbitkannya, saya sendiri akan menerbitkan karya tersebut biarpun terpaksa menggunakan duit sendiri. Sehingga tahun 2013 saya sudah menyiapkan tiga buah novel iaitu Kekasihku Gadis Sarawak, Kekasihku Gadis Sarawak 2, Cintaku Mekar di Kampus Pra-U dan sebuah novel berbahasa Iban iaitu Sulu Ati [Kekasih Hati].

Waktu terus berlalu. Sehingga penghujung tahun 2013, saya sudah ada enam buah manuskrip novel. Betapa sayangnya hasil karya saya terperap kerana kurangnya pengetahuan tentang syarikat penerbitan dan tiadanya keberanian @ keyakinan dalam diri.


 
Tahun 2013 banyak memberi erti dalam 'kerjaya' penulisan saya. Segalanya bermula apabila rakan seperjuangan saya yang pernah sama-sama mengajar di SMKP berjaya mengeluarkan sebuah novel di bawah syarikat penerbitan BMS. Melalui beliaulah saya menjejak laman web BMS.

Walapun baru setahun jagung, BMS merupakan sebuah syarikat penerbitan yang aktif menerbitkan majalah, novel dan buku cerita rakyat / kanak-kanak.

 
KEKASIHKU GADIS SARAWAK
Berbekalkan harapan menggunung, [20/08/13] saya memberanikan diri menghantar novel terkini hasil karya saya iaitu I LOVE YOU SULU ATI. Sengaja saya gabungkan bahasa Inggeris dan bahasa Iban sebagai tajuk untuk nampak lebih unik. Hampir dua bulan berlalu, akhirnya berita gembira yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Syukur tidak terkira kerana impian kian menjadi nyata.

Pada 21/10/13, BMS mnegirimkan manusikrip novel yang sudah pihak mereka edit untuk saya semak kembali. Dalam masa yang sama, BMS mencadangkan kepada saya agar tajuk novel ditukar bagi tujuan pemasaran. BMS menyenaraikan tujuh judul novel untuk saya pilih;

Fragmen Kasih Niza, Sayangku Si Gadis Sarawak, Gelora Cinta Remaja, Kalau Hati Dah Sayang, Bezanya Kita, Mungkinkah Bersatu dan Andai Sudah Jodoh
Contoh cover yang direka sebelum judul novel ditukar

Fikir punya fikir, akhirnya Sayangku Si Gadis Sarawak saya pilih sebagai judul novel. Walau bagaimanapun, beberapa hari kemudian saya menukar sedikit tajuk tersebut kepada Kekasihku Gadis Sarawak. Cadangan tersebut diterima oleh BMS.

Sementara menunggu giliran untuk mencetak, pihak BMS sekali lagi meminta saya untuk memperkemaskan lagi novel tersebut. Peluang dan ruang tersebut saya gunakan sebaik mungkin. Terdapat beberapa rombakan telah dibuat antaranya ialah, watak utama Niza ditukar menjadi Ara. Nama Ara dipilih kerana ia merupakan sebuah nama yang biasa digunakan oleh ibu bapa dalam kalangan masyarakat Iban untuk memanggil anak gadis mereka.
 
Contoh cover yang saya buat

Rupa-rupanya, penantian untuk mencetak novel KGS dirasakan terlalu lama. Hati mulai tidak sabar namun mengenangkan BMS banyak komitmen dan bukan hanya menerbitkan KGS, saya cuba terus bersabar. Saya sudah terlalu lama menunggu peluang ini, takkan menunggu untuk sebulan dua sudah tak sanggup? Sementara menunggu lampu hijau dari BMS, saya menambahbaik novel KGS sama ada dari aspek plot, tema, watak dan gaya bahasa.

Masa yang ada juga saya gunakan untuk mencuba bakat membuat cover bagi KGS. Walaupun tidak ada asas dalam photoshop, saya cuba juga untuk menghasilkan beberapa buah cover. Sekurang-kurangnya menambahkan pengetahuan. Tergelak sendiri jadinya saya bila meneliti cover yang saya hasilkan. Nak tengok hasilnya yang seberapa? haha....



Lagi-lagi contoh cover yang saya buat....Haha lucu, maklumlah baru belajar photoshop
 

 

Friday 11 April 2014

Novel Kenang Pengerindu Tua


Sarawak: RM18.00
Penulis: Richard anak Changgan
Penebal: 287 Lambar


Tibak Cherita / Sinopsis

"Tu mih nyangka hari kepenudi aku, biar mih! Au mih Jess. Diatu aku besemaya sanggup begadai nyawa ketegal ka nebus semua penyalah diri. Ambi mih ati aku.....!!

Kapa mih aku enda dulu ngejang, enda pia pan tinggal berapa lama agi..., lesi mih aku laya sulai. Ambi mih ati aku Jess...."

Genteran ti kepenudi nandaka pengujung jari Lucy nulis ba bup nya. Tang tanda ke penudi nya ukai bekau ke pengujung iya ti ulih nelihka ati Watson ti benung macha bup diary iya. Terutu ai mata iya majak lelinang labuh nelian sinu. Baru mih iya nemu sapa Lucy ke bendar, baru mih iya nemu ati Lucy ke bendar. Dini mih endur iya ulih ngiga ati ke tuchi, pengerindu ke meruan baka ati Lucy ti rindu ngagai iya?

Novel Puntan Pengerindu


 Sarawak: RM8.00
Penulis: Jantan Umbat
 
 
Tibak Cherita / Sinopsis
"Ditu aku madahka diri enda ulih nerima Jang agi laban tusah aku berunding. Manah belaya dulu anang belaya dudi. Kami dua tu udah belega tiga taun setengah, taja aku enda ulih nulak duit dikirum iya, tang ati aku udah tutup. Bara pengerindu aku udah padam. Nya alai aku enda ulih nerima Jang pulai. Ku aku, tu sarak manis, nadai enggau bantah enggau laya."
 
"Minta ampun Jang. Nuan anang ngutuk aku. Ukai aku ke ngepunka penyerekang tua. Nuan udah magi pengerindu nuan enggau orang bukai. Nuan ukai agi Jang ke ditemu aku lebuh tua ke terubah betemu suba lalu begulai lebih tiga taun ke udah. Baka nya mega pengerindu nuan enggau enggi aku udah berubah. Bendar ga aku udah mujuk ati aku awakka tua ulih nampung pengerindu tua dikena nyeliahka iya enda putus di tengah jalai tang nadai ubat ulih ngenyumanka telih ba ati aku. Suman pan iya enti ngena jalai pura-pura, litan iya tetap meruan. Nuan ke mujuk ngumbuk aku nya baka ke deka nirika mangkuk belah, baka ke deka negika tali basah."
 

Novel Tekelambang Singkang



Sarawak: RM18.00
Penulis: Howard Jilan


Ai Ditetak Enda Putus



Sarawak: RM 26.00
Penulis: Janang Ensiring
Penebal: 353 lambar

Tibak Cherita
 
"Dalam tengah bepechah pendiau, bisi dih diturunka Petara penyinu enggau penyayau, rawang divine affalatus  ba sekeda orang ngambika ulih ngatur kami begulai sejalai baru dalam pemaik enggau penyerakup."


Terutu Jemu Ambun Lemai

Sarawak: RM 24.00
Penulis: Jantan Umbat


Tibak Cherita

Bilik seduai menyanak puang nyelambang. Endang berupai bisi utai udah nadai agi. Udah lesap. Ba atas jemari baruh siti, bisi siti gambar bebingkai didegika urung tengah-tengah ari belakang dua batang dian ke benung menyadi. Dian nya lama udah ditungkun.

Semina kira seinchi agi batang iya bedau luluh. Gambar nya mih ti seruran ngasuh seduai menyanak ingatka penusah ti nuntung seduai apin lama ke udah.

Novel Kekasihku Gadis Sarawak



Sarawak: RM 18.00
Semenanjung / Sabah: RM 20.00
Penulis: Aman Takeshi

Sinopsis

Darren Lee, jejaka Tiong Hua itu terpikat saat pertama kali melihat Ara. Bermacam cara digunakan untuk mendekati gadis manis itu. Tragisnya, dalam masa yang sama  Alexson juga meminati Ara.

Darren: Aku tak pernah dilanda perasaan sebegini hebat.

Alex: Sebenarnya aku sayangkan kau Ara.

Gara-gara cemburu, hubungan Ara dengan rakan sebiliknya Betty bertukar menjadi seteru. Cinta tiga segi membuatkan hidup Ara kucar-kacir. Tentangan mama Darren menjadikan Ara semakin tersepit.

Datin Selly: Perempuan bodoh! Aku takkan pernah terima kau menjadi menantu.

 Kebencian Datin Selly sudah tidak terbendung.  Pelbagai usaha direncana untuk memisahkan Darren dengan Ara sehingga sanggup menculik gadis itu. Harapan Ara kian pudar.

Ara: Dunia kita terlalu jauh berbeza, tak  mungkin kita dapat bersama.

Siapa pula Jenny dan Nicson yang turut menyebabkan hubungan Darren-Ara berantakkan? Sanggupkah mereka mengharungi segala dugaan demi cinta suci mereka? Adakah perbezaan bangsa dan darjat akan menjadi pemisah? Dapatkah KLCC dan rumah panjang bersatu? Atau,  mereka akhirnya pasrah pada takdir?