Novel KEKASIHKU GADIS SARAWAK kini berada di pasaran!!!

Friday 11 April 2014

Novel Kekasihku Gadis Sarawak



Sarawak: RM 18.00
Semenanjung / Sabah: RM 20.00
Penulis: Aman Takeshi

Sinopsis

Darren Lee, jejaka Tiong Hua itu terpikat saat pertama kali melihat Ara. Bermacam cara digunakan untuk mendekati gadis manis itu. Tragisnya, dalam masa yang sama  Alexson juga meminati Ara.

Darren: Aku tak pernah dilanda perasaan sebegini hebat.

Alex: Sebenarnya aku sayangkan kau Ara.

Gara-gara cemburu, hubungan Ara dengan rakan sebiliknya Betty bertukar menjadi seteru. Cinta tiga segi membuatkan hidup Ara kucar-kacir. Tentangan mama Darren menjadikan Ara semakin tersepit.

Datin Selly: Perempuan bodoh! Aku takkan pernah terima kau menjadi menantu.

 Kebencian Datin Selly sudah tidak terbendung.  Pelbagai usaha direncana untuk memisahkan Darren dengan Ara sehingga sanggup menculik gadis itu. Harapan Ara kian pudar.

Ara: Dunia kita terlalu jauh berbeza, tak  mungkin kita dapat bersama.

Siapa pula Jenny dan Nicson yang turut menyebabkan hubungan Darren-Ara berantakkan? Sanggupkah mereka mengharungi segala dugaan demi cinta suci mereka? Adakah perbezaan bangsa dan darjat akan menjadi pemisah? Dapatkah KLCC dan rumah panjang bersatu? Atau,  mereka akhirnya pasrah pada takdir?

3 comments: