"Lelaki tidak macho kalau minat novel!"
Hampeh betul statement ni. Undang-undang mana yang depa guna pakai tu? Akta apa? Fasal keberapa dalam Perlembagaan Malaysia?
Haha... itulah pertanyaan bagi menjawab kenyataan pedas di atas. Novel adalah cabang penulisan. Di negara kita ni, berlambak penulis & novelis yang gendernya LELAKI.
Siapa tak kenal novel terkenal Ahadiat Akashah, penulis yang namanya termaktub dalam Malaysian Book of Record sebagai novelis yang paling banyak mengeluarkan novel? Itu baru satu contoh paling jelas. Banyak lagi penulis lelaki yang lain, cuma mungkin genre penulisannya berbeza.
Jadi, bukan satu kesalahan pun kalau lelaki menulis novel / cerpen cinta. Biarlah orang kata jiwang kerana perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu itu adalah universal. Tak kira lelaki atau perempuan, masing-masing ada nilai sentimental tersendiri.
Monday 14 April 2014
Novel Rinduku Di Kampus Pra-U Bahagian 4
Bahagian 4
“Dira, kau buat
apa tu?” laung Mimie. Dira menoleh sambil menutup diarinya. Lantas
diselitkannya di bawah bantal.
“Tak ada, aku tulis diari aje,” jelasnya sambil bangkit. Dia berjalan menuju tiga orang rakan barunya itu.
“Kau minat tulis diari?” Mirza
memandangnya. Dira melabuhkan punggung di atas meja Mirza, bergabung dengan
tiga orang rakan sebiliknya itu.
“Ha ah…” ujarnya Dira.
“Huh! Aku pun minat dan pernah tulis
tapi hangat-hangat tahi ayam aje. Tak sampai separuh jalan dah jemu,” sampuk
Tina.
Dira tersenyum. Dia tahu, menulis
diari mungkin ramai yang berminat tetapi yang banyak yang berhenti sekerat
jalan.
Keempat mereka merupakan pelajar
baru di sekolah tersebut. Masing-masing berebut menceritakan pengalaman sendiri
di sekolah baru tersebut. Sedar-sedar, waktu makan petang sudah tiba.
Mereka berempat bergegas menuju
dewan makan. Seperti pelajar lain mereka berbaris untuk mengambil makanan.
Pelajar lelaki juga berbaris dari arah bertentangan. Tukang masak sibuk
menyendukkan nasi dan lauk untuk para pelajar.
“Hai…” Dira yang sedang menyuakan tray kepada tukang masak tersentak kecil
bila seorang pelajar lelaki dari arah bertentangan menyapanya.
‘Cis… berani kau tegur aku. tengok
muka kau pun aku menyampah,’ sapaan itu hanya dibalas dengan jelingan tajam.
Namun pelajar lelaki tersebut hanya tersenyum mesra.
“Sapa?” tanya Mona dari belakang.
Dira hanya mengangkat bahu.
Dira mengucapkan terima kasih kepada
tukang masak yang menyenduk lauk untuknya. Cepat-cepat dia berlalu. Meluat
rasanya berdepan dengan lelaki yang pernah memalukannya itu.
Novel Rinduku Di Kampus Pra-U Bahagian 3
Bahagian 3
Usai
majlis penutupan minggu orientasi pelajar tingkatan 6 bawah, dada Dira terasa
sangat lapang. Minggu yang memenatkan dan mungkin sedikit memalukannya sudah
berakhir.
Dia
sudah bebas. Tidak ada lagi tanda nama besar, tidak ada lagi jerit pekik
abang-abang dan kakak-kakak senior. Dan tidak ada lagi mandi atau makan
terburu-buru kerana mengejar masa. Tidak juga akan ada denda-denda yang membuatkan
jantngnya sentiasa berdebar.
Dia
masih ingat, pengalaman disuruh menyanyi oleh dua orang pelajar senior.
Pengalaman yang begitu memalukan. Dia memang tidak pandai menyanyi, suara pula
memang bukan kategori merdu. Lantas, dia memang sanggup didenda dengan hukuman
lain asalkan bukan menyanyi.
Wajah
dua orang pelajar lelaki yang mendendanya tempoh hari melekat di memorinya. Mana
mungkin dia melupakan wajah yang membuatkan dia pertama kalinya menangis di
sekolah barunya itu.
Huh!
Dira mendengus geram. Sakit sungguh hatinya mengingatkan sikap berlagak dua
orang mamat tersebut. Mentang-mentanglah mereka lebih senior di sekolah ini,
sedap-sedap mereka mengenakan pelajar baru.
Ada
ubi ada batas, bisik Dira dalam hatinya.
Mengingatkan
peristiwa hitam itu, Dira memang sakit hati. Dalam sejarah hidupnya, itulah
kali pertama dia menyanyi solo di depan orang lain. Selalunya, bilik mandi di
rumah keluarganya yang menjadi studio untuk Dira menunjukkan bakat vokalnya.
Malunya!
Dira menekup mukanya. Tidak sanggup rasanya mengingatkan enam pasang mata
sedang memandangnya yang sedang menyanyi dengan linangan air matanya.
“Penghayatan
yang begitu mendalam.” Kata-kata salah
seorang pelajar senior tersebut masih terngiang-ngiang di telinganya. Panas
wajahnya ketika mendengar kata-kata sinis pelajar lelaki terbabit.
Dira
merenung sekeliling. Memerhatikan bilik yang baru seminggu menjadi tempat
mereka berteduh. Tiga buah katil kosong tidak berpenghuni. Entah ke mana
perginya Tida, Rabeca dan Mona, Dira kurang pasti.
Siti,
Dora dan Ema pula terlungkup di atas katil masing-masng. Mungkin terlampau
penat kerana kurang rehat sepanjang minggu lepas. Dia sendiri penat tidak
terkata. Cuma semangat untuk menulis sesuatu di diari kesayangannya membuatkan
dia menahan ngantuknya untuk seketika.
Memang
hobinya menulis diari. Tetapi hanya baru hari ini dia dapat meneruskan hobinya.
Sepanjang minggu lepas, dia langsung tidak berkesempatan kerana sibuk dengan
minggu orientasi yang memenatkan.
Dia
meniarap di atas katil sambil mengetuk-ngetuk dagunya dengan pen. Lagaknya
seperti seorang yang cuba mengingatkan sesuatu. Kemudian terangguk-angguk
sebelum mencatat sesuatu.
20
Mei 2013
*Sudah
seminggu aku tidak berpeluang mencurah rasa dan minda di dalam diari
kesayanganku ini.
*Bermakna
sudah seminggu aku menjadi penghuni di gedung ilmu ini. Walaupun situasinya
hampir sama dengan sekolah lama tetapi segalanya serba baru bagiku; sekolah
baru, guru baru, asrama baru, kelas baru dan ada kawan-kawan baru.
*Kena
cepat-cepat menyesuaikan diri.
*Minggu
orientasi, pelbagai suka duka, pengalaman pahit dan manis, lucu dan sebagainya.
*Kena
paksa menyanyi, sesuatu yang memalukan. Tetapi, bila dingat kembali, rasa lucu
pula.
*Cuba
lebih fokus pada pelajaran, yakin boleh!
Jam
4.30 petang.
Bersambung
Sunday 13 April 2014
Novel Rinduku Di Kampus Pra-U Bahagian 2
Bahagian 2
Pelajar perempuan
tersebut menundukkan wajahnya. Menatap kasutnya.
“Boleh tukar hukuman?” pertanyaan
lembut dari gadis itu membuatkan Alvin menoleh. Jelaslah kelopak mata pelajar
perempuan tersebut sudah berkaca.
‘Alamak! Aku dah terlebih gurauan
ke?’ Tiba-tiba Alvin berasa bersalah.
“Tak ada talian hayat. Kalau korang
nak pergi cepat, pastikan kawan awak yang seorang ini kena menyanyi,” tegas Wilson.
Lambat-lambat, pelajar perempuan itu
membuka mulutnya untuk menyanyi. Alvin langsung mendengar lagu apakah yang
dinyanyikan oleh pelajar tersebut. Matanya tertumpu kepada air mata yang
tadinya bertakung di kelopak mata, kini berguguran menuruni pipi halus pelajar
perempuan tersebut.
Alvin semakin dicengkam rasa
bersalah. Kalau bukan dia yang memulakan denda nyanyian tadi, hal ini tidak
akan berlangsung. Sepercik rasa kasihan membekas di hatinya saat melihat
pelajar perempuan tadi mengesat air matanya dengan hujung lengan baju
kurungnya.
“Wooo… wooo…wooo… nangis-nangis tak
main ok. Kalau nak nangis, ha pergi ke dewan sekarang. Sana nanti, boleh nangis
puas-puas,” perli Wilson.
Kelima-lima pelajar tersebut
buru-buru melangkah setelah mengucapkan terima kasih. Maklumlah, mereka dah
terlewat. Nampak gayanya, di dewan nanti mereka akan didenda lagi kerana lewat.
Wilson dan Alvin ketawa selepas
kelima-lima pelajar tersebut berlalu.
“Budak-budak baru ni mesti digertak
sikit supaya tak naik kepala,” ujar Wilson.
Alvin sekadar menyengih. Wajah
pelajar perempuan yang bergenangan air mata tadi melekat di mindanya. Hatinya
masih dipagut rasa bersalah. Rasa kasihan merayap di hatinya bila teringatkan
wajah tersebut.
Hari ini merupakan hari terakhir
Minggu Orientasi bagi pelajar-pelajar Tingkatan 6 Bawah. Sudah seminggu mereka
menjalani orientasi. Bukan untuk menyusahkan tetapi untuk membiasakan mereka
dengan suasana persekitaran dan peraturan sekolah selain membolehkan mereka
mengenali guru dan mengetahui mata pelajaran yang sesuai untuk dipilih.
Sepanjang minggu orientasi, pelbagai
gelagat dapat dilihat. Ada yang berani menerima sebarang cabaran dan halangan,
ada pula yang malu-malu dan tidak kurang ada yang takut. Biasanya pelajar yang
kelihatan malu-malu atau takut-takut akan menjadi sasaran AJK Minggu Orinetasi.
Walau bagaimanapun, semua AJK MO
sudah diberi peringatan agar tidak keterlaluan dalam menjalankan program
sepanjang tempoh tersebut. Tidak ada insiden yang buruk sepanjang minggu
tersebut.
“Hei, kau tak nak balikkah?” laungan
Wilson membunuh lamunan Alvin.
Dia
tersentak kecil sebelum bingkas bangkit menuju rakannya yang sudah berdiri di
muka pintu.
Bersambung
Rinduku Di Kampus Pra-U Bahagian 1
Hello... apa kata korang layan haha.....
“Saudari, hina sangatkan kami berdua ni sampai saudari langsung tidak memandang kami.” Alvin sengaja menduga.
Bahagian 1
Kelas bubar saat loceng sekolah
berdering nyaring. Pelajar bersurai keluar dari kelas masing-masing. Ada
pelajar nakal yang keluar sebelum guru melangkah pergi. Tidak kurang ada yang
berlalu tanpa mengucapkan terima kasih kepada guru yang sudah bersungguh
menyampaikan isi pelajaran.
Alvin lambat-lambat mengemas buku di
atas mejanya sedangkan separuh daripada rakan sekelasnya sudah berlalu.
Wajahnya resah semacam. Seakan ada sesuatu yang kurang beres di hati.
Wajah
itu menjelma lagi di kotak mindanya. Wajah polos yang tergambar rasa takut dan
malu. Entah, sudah berapa kali wajah itu singgah di fikirannya? Seribu kali
mungkin.
Dari tanda nama besar yang
tergantung di dada, Alvin mengenali pemiliknya. Dira! Orangnya berbadan
sederhana, berkulit cerah, berambut lurus panjang melepasi bahu. Begitu menarik
perhatian Alvin.
“Apa ni, langsung tak hormat
abang-abang dan kakak-kakak senior! Tak pandai nak bagi salam,” jerkah Wilson
kepada beberapa orang pelajar tingkatan 6 rendah yang berjalan melintas di
depan mereka.
Terkedu lima orang pelajar tersebut
yang nampak terburu-buru langkahnya.
“Maafkan kami abang senior. Kami nak
cepat, kami kena berkumpul di dewan sekarang,” jelas salah seorang daripada
lima pelajar wanita tersebut. Tanda nama besar yang diperbuat daripada kad
manila tergantung dengan benang di leher masing-masing.
Alvin sekadar diam memerhati. Dia
tahu, Wilson sengaja menyakat budak-budak freshie tersebut. Wilson bukanlah
kaki buli, dia pelajar yang baik dan peramah.
“Aku tak peduli. Korang berlima
mesti kena denda sebab tidak hormat kami sebagai pelajar senior,” tegas Wilson.
“Tapi…”
“Tidak ada tapi-tapi. Korang kena
denda 20 kali ketuk ketampi, sekarang!” Wattson pura-pura berwajah garang.
Alvin menahan gelak melihat riak tidak puas hati pelajar-pelajar perempuan
tersebut.
Perlahan-lahan kelima-limanya
melangsaikan denda yang dikenakan. Berpeluh-peluh nampaknya menghabiskan ketuk
ketampi 20 kali.
Tiba-tiba mata Alvin tertancap ke
wajah salah seorang daripada pelajar perempuan tersebut. Sedari tadi hanya
tunduk membisu.
“Saudari, hina sangatkan kami berdua ni sampai saudari langsung tidak memandang kami.” Alvin sengaja menduga.
Menyedari dirinya menjadi sasaran,
pelajar perempuan terbabit mengangkat muka. Wajahnya tampak takut-takut.
“Maafkan saya,” hanya itu yang
terpacul dari mulutnya.
“Eh, boleh bercakap. Ingatkan bisu.
Apa kata kalau saudari dodoikan saya dengan kawan saya ni dengan serangkap
lagu,” sambung Alvin lagi.
“Ha ah… lagipun dah lama tak ada
orang sudi dodoikan kami berdua yang tampan bergaya ni,” Wilson menyampuk.
Terkulat-kulat wajah pelajar
perempuan terbabit. Rakan-rakannya yang empat orang lagi diam tidak berkutik. Mungkin
takut akan menjadi sasaran seterusnya. Sedaya mungkin Wilson menahan tawanya.
“Nyanyilah wahai tuan puteri,”
sambung Wilson beterusan mengusik.
Bersambung
Novel Mama Mia Shaza
Penulis muda dan berbakat dari Bumi Kenyalang.
Sudahpun menghasilkan dua buah karya iaitu
Mama Mia Shaza dan Jangan Benci Cintaku.
Layan....
SM: RM25.00
SS: RM22.00
Penulis: Emy Roberto
Saturday 12 April 2014
Aku & Dunia Penulisan
AKHIRNYA... mimpi
menjadi nyata. Berkat usaha tanpa mengenal penat lelah dan kesabaran menanti,
semuanya kini terasa berbaloi dan manis. Kalau semuanya berjalan lancar, penghujung APRIL ini,
novel Kekasihku Gadis Sarawak akan berada di pasaran seluruh Sarawak.
Semoga novel ini
dapat mengisi ruang kosong penulis Iban yang menulis dalam Bahasa Melayu.
Jangan lupakan untuk dapatkan novel yang sarat dengan kisah suka dan duka anak
pedalaman mengejar cita-cita dan cinta, persepsi masyarakat dan stigma
perbezaan pangkat dan darjat menjadi ukuran dalam sesebuah hubungan. Novel ini
menyelitkan kritikan sosial tentang tanggapan perbezaan bangsa yang menjadi
duri dalam sesebuah kebahagiaan.
BILA MULA MENULIS?
Minat menulis
sudahpun bermula sejak saya di bangku sekolah lagi. Semasa menunggu keputusan
SPM, saya sudah menyiapkan sebuah novel pendek bertulis tangan. Sayangnya,
manuskrip tersebut hilang semasa keluarga kami berpindah ke rumah panjang yang
baru.
Kekurangan
pengetahuan tentang dunia penerbitan dan kurangnya pendedahan berkenaan saluran
yang betul menyebabkan bakat menulis saya seakan terkubur untuk beberapa tahun.
Tahun-tahun berikutnya, saya hanya menjadi pembaca hasil karya orang dengan
membeli puluhan buah novel karya penulis tempatan.
Namun semarak
keazaman untuk menulis mulai hidup kembali sejak tahun 2008. Pada tahun 2009,
saya sudahpun berjaya menyiapkan novel Selembut Bayu Kundasang. Kemudian saya
menyiapkan novel Takdir Cinta Kita. Malangnya kedua-dua novel ini hanya
terperap dalam laptop sahaja. Saya tidak punyai keberanian untuk menghantarnya
kepada mana-mana penerbit. Pada masa itu hanya ada dua syarikat penerbitan yang
saya tahu dan itupun di Semenanjung. Sekali lagi impian untuk menjadi penulis
seakan berkecai.
Ketika itu, saya
mengetahui wujudnya sebuah syarikat penerbitan yang dimiliki oleh anak tempatan
Sarawak, anak Iban. Namun syarikat penerbitan tersebut lebih memfokuskan kepada
penerbitan majalah dan novel dalam Bahasa Iban. Walaupun anak jati Iban, tetapi
saya lebih cenderung kepada penulisan dalam Bahasa Melayu. Nampaknya, laluan
untuk menjadi penulis bukan senang.Cover sementara yang dikeluarkan oleh BMS |
Walau
bagaimanapun, saya masih meneruskan minat untuk menulis. Saya menanam tekad dalam
diri, saya akan terbitkan karya saya tak kira walau apapun halangannya. Kalau
tidak ada penerbit yang sudi menerbitkannya, saya sendiri akan menerbitkan
karya tersebut biarpun terpaksa menggunakan duit sendiri. Sehingga tahun 2013
saya sudah menyiapkan tiga buah novel iaitu Kekasihku Gadis Sarawak, Kekasihku
Gadis Sarawak 2, Cintaku Mekar di Kampus Pra-U dan sebuah novel berbahasa Iban
iaitu Sulu Ati [Kekasih Hati].
Waktu terus
berlalu. Sehingga penghujung tahun 2013, saya sudah ada enam buah manuskrip novel.
Betapa sayangnya hasil karya saya terperap kerana kurangnya pengetahuan tentang
syarikat penerbitan dan tiadanya keberanian @ keyakinan dalam diri.
Walapun baru setahun jagung, BMS merupakan sebuah syarikat penerbitan yang aktif menerbitkan majalah, novel dan buku cerita rakyat / kanak-kanak.
KEKASIHKU GADIS
SARAWAK
Berbekalkan
harapan menggunung, [20/08/13] saya memberanikan diri menghantar novel terkini
hasil karya saya iaitu I LOVE YOU SULU ATI. Sengaja saya gabungkan bahasa
Inggeris dan bahasa Iban sebagai tajuk untuk nampak lebih unik. Hampir dua
bulan berlalu, akhirnya berita gembira yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba.
Syukur tidak terkira kerana impian kian menjadi nyata.
Pada 21/10/13, BMS
mnegirimkan manusikrip novel yang sudah pihak mereka edit untuk saya semak
kembali. Dalam masa yang sama, BMS mencadangkan kepada saya agar tajuk novel
ditukar bagi tujuan pemasaran. BMS menyenaraikan tujuh judul novel untuk saya
pilih;
Fragmen Kasih
Niza, Sayangku Si Gadis Sarawak, Gelora Cinta Remaja, Kalau Hati Dah Sayang,
Bezanya Kita, Mungkinkah Bersatu dan Andai Sudah Jodoh
Contoh cover yang direka sebelum judul novel ditukar |
Fikir punya fikir,
akhirnya Sayangku Si Gadis Sarawak saya pilih sebagai judul novel. Walau
bagaimanapun, beberapa hari kemudian saya menukar sedikit tajuk tersebut kepada
Kekasihku Gadis Sarawak. Cadangan tersebut diterima oleh BMS.
Sementara menunggu
giliran untuk mencetak, pihak BMS sekali lagi meminta saya untuk memperkemaskan
lagi novel tersebut. Peluang dan ruang tersebut saya gunakan sebaik mungkin.
Terdapat beberapa rombakan telah dibuat antaranya ialah, watak utama Niza
ditukar menjadi Ara. Nama Ara dipilih kerana ia merupakan sebuah nama yang
biasa digunakan oleh ibu bapa dalam kalangan masyarakat Iban untuk memanggil
anak gadis mereka.
Contoh cover yang saya buat |
Rupa-rupanya,
penantian untuk mencetak novel KGS dirasakan terlalu lama. Hati mulai tidak
sabar namun mengenangkan BMS banyak komitmen dan bukan hanya menerbitkan KGS,
saya cuba terus bersabar. Saya sudah terlalu lama menunggu peluang ini, takkan
menunggu untuk sebulan dua sudah tak sanggup? Sementara menunggu lampu hijau
dari BMS, saya menambahbaik novel KGS sama ada dari aspek plot, tema, watak dan
gaya bahasa.
Masa yang ada juga saya gunakan untuk mencuba bakat
membuat cover bagi KGS. Walaupun tidak ada asas dalam photoshop, saya cuba juga
untuk menghasilkan beberapa buah cover. Sekurang-kurangnya menambahkan
pengetahuan. Tergelak sendiri jadinya saya bila meneliti cover yang saya
hasilkan. Nak tengok hasilnya yang seberapa? haha....
Lagi-lagi contoh cover yang saya buat....Haha lucu, maklumlah baru belajar photoshop |
Friday 11 April 2014
Novel Kenang Pengerindu Tua
Sarawak: RM18.00
Penulis: Richard anak Changgan
Penebal: 287 Lambar
Tibak Cherita / Sinopsis
"Tu mih nyangka hari kepenudi aku, biar mih! Au mih Jess. Diatu aku besemaya sanggup begadai nyawa ketegal ka nebus semua penyalah diri. Ambi mih ati aku.....!!
Tibak Cherita / Sinopsis
"Tu mih nyangka hari kepenudi aku, biar mih! Au mih Jess. Diatu aku besemaya sanggup begadai nyawa ketegal ka nebus semua penyalah diri. Ambi mih ati aku.....!!
Kapa mih aku enda dulu ngejang, enda
pia pan tinggal berapa lama agi..., lesi mih aku laya sulai. Ambi mih ati aku
Jess...."
Genteran ti kepenudi nandaka pengujung
jari Lucy nulis ba bup nya. Tang tanda ke penudi nya ukai bekau ke pengujung
iya ti ulih nelihka ati Watson ti benung macha bup diary iya. Terutu ai mata
iya majak lelinang labuh nelian sinu. Baru mih iya nemu sapa Lucy ke bendar,
baru mih iya nemu ati Lucy ke bendar. Dini mih endur iya ulih ngiga ati ke
tuchi, pengerindu ke meruan baka ati Lucy ti rindu ngagai iya?
Novel Puntan Pengerindu
Sarawak: RM8.00
Penulis: Jantan Umbat
Tibak Cherita / Sinopsis
"Ditu aku
madahka diri enda ulih nerima Jang agi laban tusah aku berunding. Manah belaya
dulu anang belaya dudi. Kami dua tu udah belega tiga taun setengah, taja aku
enda ulih nulak duit dikirum iya, tang ati aku udah tutup. Bara pengerindu aku
udah padam. Nya alai aku enda ulih nerima Jang pulai. Ku aku, tu sarak manis,
nadai enggau bantah enggau laya."
"Minta ampun Jang.
Nuan anang ngutuk aku. Ukai aku ke ngepunka penyerekang tua. Nuan udah magi
pengerindu nuan enggau orang bukai. Nuan ukai agi Jang ke ditemu aku lebuh tua
ke terubah betemu suba lalu begulai lebih tiga taun ke udah. Baka nya mega
pengerindu nuan enggau enggi aku udah berubah. Bendar ga aku udah mujuk ati aku
awakka tua ulih nampung pengerindu tua dikena nyeliahka iya enda putus di
tengah jalai tang nadai ubat ulih ngenyumanka telih ba ati aku. Suman pan iya
enti ngena jalai pura-pura, litan iya tetap meruan. Nuan ke mujuk ngumbuk aku
nya baka ke deka nirika mangkuk belah, baka ke deka negika tali basah."
Ai Ditetak Enda Putus
Sarawak: RM 26.00
Penulis: Janang Ensiring
Penebal: 353 lambar
Tibak Cherita
Tibak Cherita
"Dalam tengah bepechah pendiau,
bisi dih diturunka Petara penyinu enggau penyayau, rawang divine
affalatus ba sekeda orang
ngambika ulih ngatur kami begulai sejalai baru dalam pemaik enggau
penyerakup."
Terutu Jemu Ambun Lemai
Sarawak: RM 24.00
Penulis: Jantan Umbat
Tibak Cherita
Tibak Cherita
Bilik seduai menyanak puang nyelambang.
Endang berupai bisi utai udah nadai agi. Udah lesap. Ba atas jemari baruh siti,
bisi siti gambar bebingkai didegika urung tengah-tengah ari belakang dua batang
dian ke benung menyadi. Dian nya lama udah ditungkun.
Semina kira seinchi
agi batang iya bedau luluh. Gambar nya mih ti seruran ngasuh seduai menyanak
ingatka penusah ti nuntung seduai apin lama ke udah.
Novel Kekasihku Gadis Sarawak
Sarawak: RM 18.00
Semenanjung / Sabah: RM 20.00
Penulis: Aman Takeshi
Penulis: Aman Takeshi
Darren Lee, jejaka Tiong Hua itu terpikat
saat pertama kali melihat Ara. Bermacam cara digunakan untuk mendekati gadis
manis itu. Tragisnya, dalam masa yang sama Alexson juga meminati Ara.
Darren: Aku tak pernah dilanda perasaan sebegini hebat.
Alex: Sebenarnya aku sayangkan kau Ara.
Gara-gara cemburu, hubungan Ara dengan rakan
sebiliknya Betty bertukar menjadi seteru. Cinta tiga segi membuatkan hidup Ara
kucar-kacir. Tentangan mama Darren
menjadikan Ara semakin tersepit.
Datin Selly: Perempuan
bodoh! Aku takkan pernah terima kau menjadi menantu.
Kebencian
Datin Selly sudah tidak terbendung. Pelbagai
usaha direncana untuk memisahkan Darren dengan Ara sehingga sanggup menculik
gadis itu. Harapan Ara kian pudar.
Ara: Dunia kita terlalu jauh berbeza, tak mungkin kita dapat bersama.
Siapa pula Jenny dan Nicson yang turut menyebabkan
hubungan Darren-Ara berantakkan? Sanggupkah mereka mengharungi segala dugaan
demi cinta suci mereka? Adakah perbezaan bangsa dan darjat akan menjadi
pemisah? Dapatkah KLCC dan rumah panjang bersatu? Atau, mereka akhirnya pasrah pada takdir?
Tentang Aman Takeshi
Siapa dia Aman Takeshi?
Aman Takeshi merupakan seorang individu yang baru menceburkan diri dalam dunia penulisan kreatif di Sarawak.
Aman Takeshi merupakan seorang individu yang baru menceburkan diri dalam dunia penulisan kreatif di Sarawak.
Monday 7 April 2014
Hubungi Kami
Pengunjung yang budiman, terima kasih kerana sudi membuka halaman Hubungi Kami ini. Sekiranya pembaca sekalian ingin menghubungi kami atau mengetahui lebih lanjut tentang kami, sila lihat keterangan di bawah...
Nombor telefon: 013 8115522
Emel: tintaaman@gmail.com
Facebook: www.facebook.com/aman.takeshi
Terima kasih
Nombor telefon: 013 8115522
Emel: tintaaman@gmail.com
Facebook: www.facebook.com/aman.takeshi
Terima kasih
Subscribe to:
Posts (Atom)