Novel KEKASIHKU GADIS SARAWAK kini berada di pasaran!!!

Sunday 13 April 2014

Novel Rinduku Di Kampus Pra-U Bahagian 2

Bahagian 2
 

              Pelajar perempuan tersebut menundukkan wajahnya. Menatap kasutnya.

            “Boleh tukar hukuman?” pertanyaan lembut dari gadis itu membuatkan Alvin menoleh. Jelaslah kelopak mata pelajar perempuan tersebut sudah berkaca.

            ‘Alamak! Aku dah terlebih gurauan ke?’ Tiba-tiba Alvin berasa bersalah.

            “Tak ada talian hayat. Kalau korang nak pergi cepat, pastikan kawan awak yang seorang ini kena menyanyi,” tegas Wilson.

            Lambat-lambat, pelajar perempuan itu membuka mulutnya untuk menyanyi. Alvin langsung mendengar lagu apakah yang dinyanyikan oleh pelajar tersebut. Matanya tertumpu kepada air mata yang tadinya bertakung di kelopak mata, kini berguguran menuruni pipi halus pelajar perempuan tersebut.

            Alvin semakin dicengkam rasa bersalah. Kalau bukan dia yang memulakan denda nyanyian tadi, hal ini tidak akan berlangsung. Sepercik rasa kasihan membekas di hatinya saat melihat pelajar perempuan tadi mengesat air matanya dengan hujung lengan baju kurungnya.

            “Wooo… wooo…wooo… nangis-nangis tak main ok. Kalau nak nangis, ha pergi ke dewan sekarang. Sana nanti, boleh nangis puas-puas,” perli Wilson.

            Kelima-lima pelajar tersebut buru-buru melangkah setelah mengucapkan terima kasih. Maklumlah, mereka dah terlewat. Nampak gayanya, di dewan nanti mereka akan didenda lagi kerana lewat.

            Wilson dan Alvin ketawa selepas kelima-lima pelajar tersebut berlalu.

            “Budak-budak baru ni mesti digertak sikit supaya tak naik kepala,” ujar Wilson.

            Alvin sekadar menyengih. Wajah pelajar perempuan yang bergenangan air mata tadi melekat di mindanya. Hatinya masih dipagut rasa bersalah. Rasa kasihan merayap di hatinya bila teringatkan wajah tersebut.

            Hari ini merupakan hari terakhir Minggu Orientasi bagi pelajar-pelajar Tingkatan 6 Bawah. Sudah seminggu mereka menjalani orientasi. Bukan untuk menyusahkan tetapi untuk membiasakan mereka dengan suasana persekitaran dan peraturan sekolah selain membolehkan mereka mengenali guru dan mengetahui mata pelajaran yang sesuai untuk dipilih.
 
            Sepanjang minggu orientasi, pelbagai gelagat dapat dilihat. Ada yang berani menerima sebarang cabaran dan halangan, ada pula yang malu-malu dan tidak kurang ada yang takut. Biasanya pelajar yang kelihatan malu-malu atau takut-takut akan menjadi sasaran AJK Minggu Orinetasi.

            Walau bagaimanapun, semua AJK MO sudah diberi peringatan agar tidak keterlaluan dalam menjalankan program sepanjang tempoh tersebut. Tidak ada insiden yang buruk sepanjang minggu tersebut.

            “Hei, kau tak nak balikkah?” laungan Wilson membunuh lamunan Alvin.

Dia tersentak kecil sebelum bingkas bangkit menuju rakannya yang sudah berdiri di muka pintu.

Bersambung

No comments:

Post a Comment