Novel KEKASIHKU GADIS SARAWAK kini berada di pasaran!!!

Monday 14 April 2014

Lelaki & Novel, Salah ke?

"Lelaki tidak macho kalau minat novel!"

Hampeh betul statement ni. Undang-undang mana yang depa guna pakai tu? Akta apa? Fasal keberapa dalam Perlembagaan Malaysia?

Haha... itulah pertanyaan bagi menjawab kenyataan pedas di atas. Novel adalah cabang penulisan. Di negara kita ni, berlambak penulis & novelis  yang gendernya LELAKI.

Siapa tak kenal novel terkenal Ahadiat Akashah, penulis yang namanya termaktub dalam Malaysian Book of Record sebagai novelis yang paling banyak mengeluarkan novel? Itu baru satu contoh paling jelas. Banyak lagi penulis lelaki yang lain, cuma mungkin genre penulisannya berbeza.

Jadi, bukan satu kesalahan pun kalau lelaki menulis novel / cerpen cinta. Biarlah orang kata jiwang kerana perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu itu adalah universal. Tak kira lelaki atau perempuan, masing-masing ada nilai sentimental tersendiri.



No comments:

Post a Comment